Tuesday, November 29, 2016

BIRTH STORY NAUFAL

Assalamualaikum,

Harini ialah first day aku kerja setelah 3 bulan cuti. Wohooo, kemain lagi excited, malas, sedih dan macam-macamlah but life must go on right since cuti dah abis. Kemain aku enjoy my maternity leave, macam fully housewife.

Since dah balik kerja and my boss tak ada, aku ada masa terluang sikit. Nak ceritalah pasal second pregnany eh second delivery. Biarlah adil ye dok? Aku beranakkan Naufal pada 27/8/2016. Tepat-tepat hari edd aku.

HADIF     - EDD 27/6/2013 LAHIR 25/6/2013
NAUFAL - EDD 27/8/2016 LAHIR 27/8/2016

Lebih kurang kan dia punya cycle. Aku teruslah bekerja sehingga 40 minggu. Last hari Khamis, 25/8 tu memang aku niat dah tak akan datang opis dah walau tak beranak. Hari Jumaat sempat lagi berjalan ke AEON Mall dan makan-makan.

ni masa hari jumaat 26/8, esoknya beranak


Malamnya aku tak rasa sakit pun tapi aku perasan time kencing keluar darah. mula-mula kaler gelap, pagi tu kaler merah. Terus lepas Subuh, bagitau mama dan siap-siap ke hospital kota bharu. Sampai sana, doc check dah ada bukaan 3cm. Masa tu serius tak rasa sakit sangat, dia macam sakit on off. Siap ada satu nurse puji aku dan bgtau muka aku relax je sambil senyum-senyum sebab ada satu kakak tu muka kemain ketat walhal bukaan dia sama dengan aku 3 cm.

Then, aku kena tahan wad. Masuk wad, aku relax je dulu dan sempat sembahyang zohor. Tapi aku punya bleeding tersangat banyak, macam air turunnya sampai aku takut tengok darah aku keluar. Adalah dalam 10 kali aku tukar baju sampai aku dah tak larat tukar baju, aku duduk je atas katil sebab darah keluar terlampau banyak.

Mula-mula nurse tanya nak cocok ubat tahan sakit tak, aku bgtau tak nak (konon perasan gagah) tapi start pukul 4 lebih, aku dah tak tahan, aku suruh nurse cocok. Lepas cocok, aku start mengantuk yang amat sampai rasa nak tersembam muka. Siap muntah lagi tapi nurse bgtau memang normal muntah lepas cocok.

Lama-lama kelamaan rasa mengantuk makin teruk, sampaikan memang tak boleh nak buat apa even husband dan hadif kat sebelah pun, aku tak boleh buka mata. aku dah tak mampu sembahyang asar since darah keluar terlampau banyak so aku tidurlah. Suruh doc check bukaan, dia kata baru 5cm, masa ni dalam pukul 5 lebih kot.

Then, misi bagitau nak suruh doc check balik bukaan dalam pukul 9. Aku pun dengan penuh sabar tunggu sambil tidur, sambil layan contraction. Tiba-tiba, dalam pukul 9 lebih rasanya aku rasa takleh tahan dan rasa nak teran, serius rasa nak teran sangat-sangat. nak turun katil pun tak larat tapi aku gagahkan jugak turun sambil panggil orang depan aku panggil misi. Misi pun berlari angkat aku atas stretcher dan pergi bilik nak check bukaan. Sekali check, dah 9cm.

Misi apalagi berlari tolak aku ke labor room sambil beberapa kali bagitau, jangan teran, jangan teran. Sampai je kat labor room, doc suruh aku teran. Aku pun teranla tapi kena marah sebab angkat punggung. Beberapa kali je teran dan baby Naufal keluar. Tak sampai 10 minit pum. Tapi banyak koyakan sebab angkat punggung *my bad*, lama jugakla nurse tu dok menjahit. Aku pulak lepas beranak, tak rasa letih dan mengantuk, so aku dok berbual je dengan nurse tu.

Alhamdulillah Allah permudahkan sekejap je rasa sakit dan mudah beranak.Dalam 10 minit kot aku push sebab Naufal lahir 9.38 malam dan aku rasa aku masuk labor room dalam pukul 9.30 malam.

masa ni tengah layan contraction sambil layan mengantuk gila babas

Alhamdulillah


3 bulan menjaga Naufal amatlah dipermudahkan. Percaya tak, dia langsung tak berjaga malam. Dia bangun nak menyusu so aku sususkan dia sambil tidur mengiring. Dan dia jenis yang akan tidur kalau aku tidur. Baik kan. Siang pun sama, boleh bilang dengan jari berapa kali je dia nak mengempeng. Macam ni berjurus anak, boleh beranak tiap-tiap tahun...kahkah


1 bulan

2 bulan

3 bulan
WAN AAQIL NAUFAL WAN MUHAMMAD
27/8/2016
9.38 PM




Tuesday, August 23, 2016

kisahku diviral oleh beautiful nara dan siakap keli

Assalamualaikum semua,

Aku doakan pembaca blog aku dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam rahmatNYA.

Yes, im still preggy, 39 weeks already. Tak ada tanda lagi baby nak kuar sebab aku belum lagi rasa sakit. Aku mintak sangat supaya minggu depan beranak. Tak maulah kena induce ke apa sebab sakitnya ya ampunn. walau tak pernah rasa, tapi baca dari pengalaman orang pun dah seriau.

Harini aku nak share pasal status aku hari Khamis di viral oleh Beautiful Nara (Amazing Nara), Siakap Keli dan satu lagi page (lupa nama sebab tak pernah baca). Famous kejap, kejap jelah. Perkongsian ringkas je tapi tak sangka ramai yang tak tau. Sebab tulah kalau boleh, biasakan diri untuk share tips atau apa saja maklumat supaya ianya boleh jadi ilmu baru kepada orang lain. Kadang-kadang kita rasa nothing je kan ilmu tu tapi bagi orang lain sangat berguna.

Korang dah baca belum, ni link ada di bawah:

1) Amazing Nara
http://amazingnara.com/wanita-ini-kongsi-tips-untuk-kenal-pasti-produk-kecantikan-yang-selamat/

2) Siakap Keli
http://www.siakapkeli.my/2016/08/wanita-ini-kongsi-tips-untuk-kenal.html

3) Kisah Benar

http://bacaviral.com/2016/08/wanita-ni-dedah-cara-mudah-nak-tau-produk-kecantikan-tu-bahaya-atau-tidak-jangan-terkejut/

Siapa yang tak baca lagi perkongsian ringkas aku tuh, boleh klik kat link tersebut okeh. Serius, tak sangka tips ringkas pun boleh diviral. Nasib baik viral benda yang baik kan. Alang-alang tu, meh aku share my pimple journey. Kemain lagi kan.

Ok, pada sesiapa yang tak tau, aku memang ada masalah jerawat teruk. Bukan aku saja, 4 daripada 6 adik beradik ku pun sama. Start je period, jerawat penuh naik kat muka. Self esteem tak yah cakaplah, memang kelaut sebab yelah perempuan tengah nak menggedik tapi muka penuh jerawat kecik dan besar. Sebab tulah time aku sekolah menengah takder orang nak mengorat (-__-).

Sampaikan ada sorang kawan aku pernah cerita (masa tu dia tak kawan lagi dengan aku) yang dia pernah termengumpat bagitau kawan dia yang lain, dia ni tuan kecik tapi jerawat besar. Time jerawat besar tu, pernah ada orang tegur 'besarnya jerawat dia'. Masa tu, aku rasa nak tumbuk je lelaki tuh dan diri sendiri.

Masa tu jugak, mana ada produk kosmetik macam sekarang. Aku pulak takder duit kan, harapkan duit mama n abah. Apa sangatla produk aku boleh beli. So, aku banyak mencuba petua orang tua-tua dari yang masuk akal kepada yang tak masuk akal. Ada sekali tu aku pernah tepek bawang putih, esoknya bangun muka aku macam kena bakar, ada tompok hitam di pipi, terus aku ke hospital sebab takut tengok muka sendiri...kahkah.

Setiap kali sembahyang, takder lain yang aku mintak, aku memang mintak jerawat hilang tapi jerawat makin banyak. Sebab tu, kalau korang tengok aku kat luar, boleh nampak betapa banyaknya lubang-lubang jerawat di muka aku.

Masalah jerawat tu berlarutanlah dari aku sekolah menengah hinggalah aku masuk uitm machang. haaa...kat sini dia lain sikit sebab masa tu aku dah ada duit (aku memang buat joli duit PTPTN..huhu)


NAK AKU SAMBUNG CERITA KE? MEH LAYAN GAMBAR CLOSE UP AKU DULU (minta maaf tak leh share gambar yang muka aku terbakar masa pakai one of the local product sebab tak menutup aurat).

ni gambar 2014

ni gambar closeup tapi ada tepek sikit bedak, tak berani nak tepek yang tanpa bedak takut jadi mimpi ngeri korang

boleh nampakkan muka yang ibarat kawah bulan



Sunday, August 7, 2016

second pregnancy

Assalamualaikum semua,

Amboihh...mentang-mentang second pregnancy, aku langsung tak pernah cerita kan. Pregnancy kalini ok je cuma challenging part comes when 8 months and above. Memang challenging.

1) pinggang aku rasa macam nak patah. serius, kadang-kadang rasa macam nak bengkok je badan nieh.


2) peha dan kaki sakit. haritu siap tapak kaki sakit tapi lepas berurut hilang. tapi celah kengkang tetap rasa sakit.


3) nak bangun dari tidur (maksudnya dalam keadaan baring) adalah benda paling susah nak buat.


4) tak boleh bongkok dah. kalau nak ambik barang atas lantai, memang kena turun dengan badan.


5) loya datang kembali, tak tau kenapa tapi pagi-pagi memang rasa lain macam cuma tahan je.


6) pedih ulu hati kerap datang. layankan je


7) berjalan dah tak berapa normal dah sebab pressure kemain kuat.


but whatever it is, aku still datang kerja. still pergi shopping. still kuat berjalan. aku tak nak duduk sahaja. nanti lagi susah nak beranak. time hadif dulu, memang kuat berjalan apa taknya parking dengan rumah kemain jauh dahlah berbukit. ni parking depan rumah lepas tu malas lagi nak berjalan takleh kata apalahhh.

ni dah 8 months

ni pun 8 months gambar lepas raya

hari raya pertama

jamuan raya opis

selfie mak buyung, teruja sebab muka tembam

please wish my delivery easy and smooth and dapat baby sihat dan sempurna



Wednesday, August 3, 2016

perginya seorang sahabat

Assalamualaikum,

Today is the gloomy day for me since i receive bad news. one of my classmate at secondary school pass away due to cancer. This news really made me cry terribly. I was so shocked even i knew she is struggling with leukimia but I dont expect this soon. Not at all.

She is my classmate since form 1 until form 5. very soft spoken person, friendly and kind hearted. masa kami form 2, kami sangat rapat siap pergi raya dari rumah ke rumah. tapi lepas SPM, semua bawak haluan sendiri sehinggalah aku dapat kerja di Kota Bharu.

aku start add and communicate kawan-kawan lama di fb (Thank God, we have FB). Hanis disahkan leukimia pada tahun lepas October (dari  cerita maknya). Mula-mula dia asyik demam on off, pergi check darah banyak kali, lepas tu doc bgtau disahkan leukimia. Maknya bgtau masa Hanis cerita tuh, kakinya lembik tak boleh berjalan.

Tapi Hanis is a very strong women. She never give up and she follow all the treatment by hospital. Dia akan update fb dia her latest treatment and condition. Hanis juga suka komen fb aku, especially apabila aku bercerita tentang fashion. Banyak kali nak pergi rumah dia tapi terbantut (my bad, so bad).

Sehinggalah puasa baru nieh, Hanis sanggup datang rumah aku nak beli dokoh patch. Banyak dia beli sebab dia bgtau dia beli untuk the whole family. Sempat aku bergurau kata badannya tak nampak macam  orang yang under chemo sebab badan dia agak berisi, dia bgtau semua cakap macam tu. Cuma dia bgtau kulitnya saja jadi gelap sedikit. and sangat ralat, sebab aku tak ingat langsung nak ambik gambar.

Masa perjumpaan tu, Hanis bgtau dia dah shceduled untuk operate sum sum. Tapi kena going through chemo dulu and etc. And lepas tu kami whatsapp tapi jarang-jaranglah since lepas raya dia kena masuk hospital balik.

Berdasarkan cerita maknya, Hanis masuk hospital lepas raya dan terpaksa stay about 20 days. Maknya bgtau hari-hari dia akan teman Hanis since dalam hatinya dah terdetik bahawa nyawa Hanis dah tak lama so dia nak jaga Hanis hari-hari (tapi dia tak cakaplah pada sesiapa).

Masa hari Rabu minggu lepas, mak Hanis demam sebab hari-hari teman Hanis dalam bilik sejuk so dia tak pergi teman sehinggalah pada hari Jumaat, Hanis call mak dia bgtau keadaan dia agak teruk, she keep vomiting and defecate. Mak dia terkejut dan tanya kenapa tak bgtau awal-awal. Tapi since tak ada orang nak hantar, mak dia pergi tengok Hanis hari Ahad (her last day).

Masa sampai around 9.00 am, dia tengok Hanis pucat sangat dan tengah makan mihun. Tapi Hanis takleh telan sangat since tekak dia dah luka kuat sangat muntah. Mak dia bawak nasi kerabu and Hanis makan sikit. Then, Hanis tak berhenti buang air besar dan muntah.

Lepas tu doc datang nak masukkan tiub kat peha since kat leher dan tangan dah tak boleh. Doc nak masukkan ubat dan susu since Hanis tak boleh makan. Mak dia terpaksa keluar kejap masa doc nak masukkan tiub dan dia mendengar Hanis tak berhenti-henti mengadu sakit. Masa doc keluar, dia tengok saja mak Hanis dengan satu pandangan lain macam, tapi dia tak cakap apa-apa.

Lepas tu, Hanis bgtau dahaga. Mak dia bagi air sikit, lepas tu Hanis buang air besar lagi dan mak dia 
tunggulah nurse untuk tolong cucikan tapi nurse tak tau pergi mana, lama kemain. So, maknya buangkan kain yang dipakai oleh Hanis dan gantikan yang baru. Masa tengah nak bersih, Hanis sekali lagi mengadu dahaga tapi mak dia tak sempat bagi air since tengah kalut nak bersihkan najis.

tapi tapi tiba-tiba maknya tengok, mata Hanis pandang ke atas dan dia segera bgtau nurse. nurse cepat-cepat panggil doc dan doc datang and buat (ala yang tekan kat dada tuh untuk kejutkan pesakit) tapi mata Hanis makin lali. Masa tu nurse suruh mak Hanis ajar mengucap dan selepas tu Hanis pergi tinggalkan dunia ni selamanya.

Mak Hanis memang terkejut dan menangis dan dia bgtau sangat ralat since dah 4 hari tak teman dan hari terakhir pulak, dia sempat cakap beberapa patah perkataan saja since pagi. Masa cerita ni, aku senyap je tak berani nak menyampuk since aku tau aku kalau dah menangis, non stop.

Tenanglah kamu wahai sahabat dan aku doakan kamu ditempatkan di kalangan para solehah dan semoga mendapat tempat terbaik di sisiNYA.


HANIS HASUNA MAT YASIN
31/7/2016
12.25pm



Tuesday, June 28, 2016

LAST POSTAGE ESOK YE DARLING SEMUA 29 JUN 2016

Assalamualaikum semua,

Harini dah 23 Ramadhan. Harapnya kita mengambil kesempatan untuk melipatgandakan amalan ibadat. Aku jugak berdoa agar kita dapat bertemu lailatul qadar.

Harini tak nak berceloteh panjang cuma nak share pasal testimoni cust untuk dokoh patch dan diamond patch. Alhamdulillah, permintaan memang tak putus-putus samada online atau offline. Sayangnya esok ialah last postage ye iait 29 Jun 2016. So, siapa nak sempat lagi buat bayaran harini dan item akan di pos esok harinya. Kalau tak, beraya dengan baju kosonglah korang *nangis bucu katil*

Cepat whatsapp aku sekarang untuk tengok patch yang available. Diamond patch takder lagi orang share. Nanti ada, aku share pulak ye.

0139729066
0139729066

patch 8 gold
antara patch paling famous sebab dia besar dan panjang
(UPDATED : ada color silver  and black sahaja)

patch 18 gold
 mula-mula patch ni tak popular sangat tapi lepas tampal nampak macam cantik jugak.
ada 2 pcs saja lagi

patch 14 silver
ramai jugak supa patch ni especially mommy yang beli ni untuk anak perempuan

patch 1 gold
ni famous design ni tapi lama supplier tak restock. so last restock 2 weeks, aku borong patch ni color gold, silver and black. masih available, siapa nak boleh whatsapp

patch 17 silver
patch ni sama dengan patch 8, size medium. dia ada satu lagi size small.
memang antara corak yang paling famous
(UPDATED : ada color gold and black sahaja)

patch 5 silver
ni antara design yang popular jugak since Rizalman, Bella Ammara pun guna corak ni kat jubah dan telekung mahsuri.

patch 17 gold
sama macam patch di atas
(UPDATED : ada color gold and black sahaja)



Tuesday, May 31, 2016

gosok-gosok dah cantik

Assalamualaikum semua,

Aku doakan pembaca blog aku dikurniakan kesihatan yang terbaik. Ramadhan dah dekat kan, so sama-samalah kita jadikan Ramadhan tahun ni yang terbaik buat kita semua, insyaAllah.

Aku tak nak berceloteh panjang cuma nak bagitau yang



yang




yang


aku ada beli crystal diamond atau orang panggil iron on diamond patch. ni kalau korang tampal di baju raya atau baju yang nak pakai masa open house, kompem orang lain dok pakat jeling, silap-silap yang tengah makan sate boleh tercucuk lidi sate (exaggrate kemain).

aku tak ambik banyak corak, aku amik corak yang sizenya sederhana dan besar. senang korang nak tampal kat baju boleh, jubah boleh, shawl pun boleh.

ni antara corak-coraknya dan cirak-corak di bawah memang limited ye. bukan propaganda marketing semata ye.











HAAA...ORANG KATA GOSOK-GOSOK DAH CANTIK.
WHATSAPP TERUS YE

0139729066
0139729066


saja upload gambar hubby aku pergi borong stok hari sabtu baru nieh. hajat di hati nak pergi tapi sebab macam tak larat, hubby pergi sorang je.




Tuesday, May 24, 2016

hotel-hotel di malaysia

Assalamualaikum semua,

dah macam trademark pulak aku ye, satu bulan satu entry....kahkah. takperlah, janji update kan. harini aku nak cerita pasal hotel. sepanjang aku kerja tempat baru ni since 2014. banyak kali jugakla aku outstation disebabkan kursus, event dll tapi mostly sebab kursus lah.

so, alang-alang aku dah pernah stay kat hotel tersebut, meh aku share kebaikan/keburukan hotel tersebut supaya boleh dijadikan panduan bagi korang kot-kotla korang terfikir nak book hotel tu. sapa tau kan, almaklumlah sharing is caring. aku bahagikan ikut negeri ye.

1) KL/SELANGOR

HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA.

best hotel ni sebab 5 minit je jalan kaki ke Alamanda. rate RM200 per night. tak taulah itu dah memang govt rate atau tidak. malam tu aku dinner kat restoran dia je. macam biasalah agak mahal, lebih kurang RM30++ per meal tapi sebabkan hujan dan masa tu Hadif kecik lagi, aku malas nak keluar. tapi aku tak bernasib baik sebab masa aku pergi tu, pool tengah under renovation. food selection untuk breakfast pun okay.





HOTEL SANI, KL

Al-kisahnya sebab aku ada seminar di PWTC. aku plan nak menginap di hotel kat Sunway Mall yang baru tu tapi hotel tu tak siap lagi (masa aku pergi ni awal tahun 2015). Nak menginap di Pacific macam mahal sangat (baikkan aku), so aku pilih Sani Hotel je. Rate per night RM150. Hotel yang biasa nieh, food selection memang limited lah kan tapi aku layankan je.

one thing yang tak best, iron kena share. maksudnya satu level satu iron. tapi masa aku pergi nasib baik bilik iron sebelah je bilik aku.



2) IPOH

KINTA RIVERFRONT HOTEL, IPOH

Hotel ni bukan setakat hotel tapi juga ada suites and apartment. memang besar dan best. yang paling best depan hotel ni banyak aktiviti korang boleh buat. pemandangan pun cantik. malam-malam kalau korang boring, bolehlah turun dan join aktiviti depan hotel ni. food selection untuk breakfast pun best.

rate per night aku tak tau sebab aku tak book hotel. aku pergi ada lawatan kerja dan orang lain yg tolong arrangekan.




3) SABAH

GRANDIS HOTEL, KOTA KINABALU, SABAH

Hotel ni best dia attach sekali dengan mall....kahkah. hotel tak luas sangat tapi rate agak mahal sebab attach dengan suria sabah mall. agak besar mall tu ye. so, malam-malam aku berjalan dari mall ke pasar philine. 4 hari kat sana sampai naik boring.

view cantik sebab tepi lautkan. rate rasanya agak mahal tapi aku dapat disc for govt rate so dapatlah RM250 per night. food selection pun okay.





4) PENANG

FLAMINGO BY THE BEACH

Hotel ni pun agak best cuma iron satu level satu hall. nyampah, dahla bilik aku jauh. kena queue nak menggosok. food selection untuk breakfast ok. bilik pun ok.  rate bilik aku tak tau sebab ni bukan company aku bayar, sponsored by others organization.





GURNEY HOTEL

Ni aku baru balik last week. bilik okay cuma tak ada paip dan hose kat dalam tandas tepi jamban. ayayaya....bencinya aku. nak kena cebok guna glass dan basuh dalam shower. bath tub kemain lagi besar.

rate rasanya RM200++ per night.





semua hotel di atas aku tak jenguk pun pool.....kahkah. memang cantik sebenarnya like grandis hotel tuh tapi tak taulah kenapa mungkin faktor usia atau sebab aku tak datang dengan family, aku memang malas nak mandi pool. except gurney hotel baru ni aku turunlah kejap sebab ada temankan sorang kawan aku yang suka sangat main pool.

bagi aku hotel yang bagus perlu ada ciri-ciri nieh:

1) tandas kena ada paip dan hose (orang melayu buang air kecik/besar guna air yang banyak)
2) iron dalam setiap bilik (tak perlu call request for iron atau queue)
3) variety food for breakfast
4) aircond yang boleh dicontrol temp
5) pool yang besar dan selesa for adult and kids


Wednesday, April 20, 2016

kisah kerepek ubi 2 juta tan

Assalamualaikum semua,

Aku doakan pembaca blog aku sentiasa dalam limpahan rahmatNYA.

Bulan April dah nak habis, sekejap je kan masa berlalu. lepas tu May dan June. Kalau masih tak sedar June dah puasa. awal bulan pulak tu iaitu 6 June. Dah ganti puasa belum? Aku pun belum ganti lagi sebab selalu terpk boleh ke tahan dengan panas terik dan mengandung. Nampak sangat iman lemah kan walhal bukan tak biasa puasa tapi nak start tu punyalah seksa.

harini aku nak cerita pasal makanan favorite aku time raya. aku suka biskut especially biskut kacang timbang (tak semua biskut), tart nenas gebu, segala jenis kerepek especially kerepek ubi . sebab sebenarnya harini, aku nak cerita pasal kerepek ubi.

ok, macam ni kerepek ubi yang aku jual ni sebenarnya dah pun aku jual tahun lepas. tapi masa tu baru nak try dan aku beli 50 packet je (pack setengah kilo). tapi tak sangka hanya beberapa hari dah sold out. tak sempat nak promote kat fb sebab yang beli kawan-kawan dan kawan opis. dan aku sempatlah try sepaket pedas kering memang sedap, rangup dan segar. memang tak sempat ambik untuk hidang hari raya.

disebabkan aku confident dengan kerepek ubi ni, aku plan nak jual jugak tahun ni tapi aku nak ambik awal supaya orang dah rasa kerepek ubi so senang diorang order nanti raya. nak tau tak supplier yang aku amik kerepek ubi ni menjual 2 juta tan kerepek ubi dalam masa sebulan tahun lepas. punyalah ramai call, whatsapp dan sms sampaikan dia terpaksa off phone. yee, dalam 2-3 hari nak raya pun kemain ramai yang call dia tanya pasal kerepek dan dia terpaksa off phone. 

sila jamu mata dengan kerepek

ni gambar tahun lepas

ni lah supplier aku, aku panggil kak ina

paling laris dan favorite. pedas basah

50kg kerepek. nampak macam skit kan tapi berpinau nak habiskan pack

hantu kerepek. makan kerepek macam makan nasi

bawah ni 4 jenis kerepek

pedas basah (gambar tak cantik sangat)

pedas kering

Add caption

black pepper

paling best ramai berminat nak try kerepek ubi untuk dijual jugak. sebenarnya, aku memang nak open untuk borong atau jadi ejen kerepek ubi untuk bulan ramadhan nanti. tak promote lagi tapi dah ada orang bertanya. so, kat sini aku nak sesiapa yang yang ingin tambah pendapatan sempena raya sekurangnya RM2000 untuk sebulan, boleh whatsapp aku.

kerepek ubi ni sangat senang nak jual sebab kenapa ianya makanan turun temurun, orang memang dah kenal, tak perlu nak explain bagai cuma tanya je, awak suka makan kerepek ubi? saya ada kerepek ubi yang memang terjamin marvelous, kalau makan sekali pasti nak lagi.

so, siapa nak boleh whatsapp aku sekarang ye. jual kerepek ubi tak perlu modal mahal tetapi tetap kena modal ye. yang penting kena usaha dan creative, insyaAllah sekejap je habis. berapa min modal dan kg aku akan update kemudian. satu lagi, aku juga akan guide cara menjual ye. jangan risauu

whatsapp 0139729066
whatsapp 0139729066
whatsapp 0139729066